Saturday, 25 January 2014

Taklimat Akademi Al Quran ABS


ABS Melaka bakal membuka pusat pembelajaran Al Quran bermula Mac 2014. Program ini adalah di bawah kelolaan ABS-M Educonsult PLT dan akan diketuai oleh Tuan Abdul Halim Ismail. Pihak ABS Chapter Melaka akan mengadakan sesi taklimat ringkas dan penerangan untuk mana-mana pihak yang ingin terlibat dalam rangkaian perniagaan perkhidmatan ini. Maklumat taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh: 29 Januari 2014 (Rabu)
Tempat : No. 34-1, Jalan KF 1, Kota Fesyen MITC 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Masa : 10.30 pagi.

Penubuhan akademi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kadar pemahaman dan keilmuan Islam kepada penduduk setempat di samping menjana pendapatan kepada pengusaha. Antara isi kandungan program Akademi Al-Quran ABS ini adalah Kelas Asas Al-Quran (Iqra'), Tahfiz Al-Quran, Tahsin Al-Quran secara bertalaqi, Kelas Al-Quran Dewasa, Modul Khabar Gembira (Pembelajaran Tafsir dan Sirah), Smart Arab, Program Pengajian Kelompok di Rumah (Bait Al-Ilm), Kelas Tajwid dan lain-lain program khas semasa cuti sekolah dan hari kebesaran Islam. Kepada mana-mana ahli ABS di sekitar Melaka yang berminat dengan program ini boleh hadir ke sesi taklimat yang dinyatakan di atas.  

*Tarikh dan tempat dinyatakan di atas tertakluk kepada perubahan. Akan dimaklumkan dari masa ke semasa.



Monday, 6 January 2014

Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih kerana melawat blog ini. Blog ini ditubukan bagi melaporkan dan mewarwarkan sebarang projek perniagaan yang dijalankan oleh tim-tim ABS Melaka yang telah ditubuhkan beberapa bulan yang lalu. Buat masa sekarang ABS Melaka telah menjalankan aktiviti jualan Roti ABS, Hipersale. Beberapa aktiviti perniagaan lain seperti kereta sewa, Akademi Al Quran ABS dan lain-lain perniagaan lain sedang dirancang dan diusahakan untuk pasaran negeri Melaka. Kami amat mengalu-alukan sebarang penyertaan dari ahli-ahli baru yang ingin menyertai ABS Melaka untuk projek-projek kami yang akan datang dang yang sedang dibina. Terima kasih atas sokongan anda. Kepuasan anda, kebanggaan kami.